4 June 2013

SRIKANDI MUKHTAR (29 MAC 2013)








      Srikandi Mukhtar’ adalah satu program inisiatif Dakwah & Pengurusan Islam Tahun 2 yang khusus melibatkan mahasiswi-mahasiswi program Dakwah & Pengurusan Islam sahaja. Selain itu,program ini akan dilaksanakan selama setengah hari di DKF 1.2,FKP. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan yang luas tentang peranan para mahasiswi yang bukan sahaja sebagai seorang pelajar dan wanita tetapi juga sebagai seorang dai’eyah.

      Selain itu, program ‘Srikandi Mukhtar’ ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dalam memantapkan lagi kemajuan mahasiswi-mahasiswi Dakwah & Pengurusan Islam. Program seumpama ini sangat baik untuk dilaksanakan buat warga mahasiswi Dakwah & Pengurusan Islam.Justeru,boleh menjadi contoh kepada mahasiswi-mahasiswi daripada program-program yang lain.

         OBJEKTIF

Mengukuhkan tautan ukhuwah dan silaturrahim antara mahasiswi-mahasisiwi atau para dai’eyah program Dakwah & Pengurusan Islam Tahun 2.

Memberi pendedahan kepada para dai’eyah tentang metodologi dakwah masa kini.

Memupuk nilai kerjasama dan kesefahaman di kalangan para mahasisiwi demi pembangunan program Dakwah & Pengurusan Islam.

Memupuk kesedaran diri sebagai seorang hamba dalam melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Asr,beruntung bagi mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan untuk kesabaran.

Mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri para dai’eyah.



Bacaan ayat suci Al quran dan terjemahan bagi pembukaan majlis yang
disampaikan oleh saudari Nor Sabiha Abd Manaff dan Nur Jannah Jaafar.

penyampaian yang mantop dari ustazah  





coral speaking dari kelas TAA 1 dan TAA 4..terbaik!!..(^_^)






Persembahan nasyid dari kelas TAA2 & TAA5..




Persembahan Qasidah dr TAA3&TAA6.






KEMBARA DAEI MUDA TAHUN 2



        Kembara daie muda kali ini berobjektifkan untuk mendedahkan para daie muda dengan masyarakat luar yang realiti sekarang dan membuka minda para daie dalam membuat persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang ramai hanyut dibawa arus dunia dan jauh dr Allah s.w.t. Selain itu kembara kali ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwah antara sahabat-sahabat muslimin pelajar da'wah dan pengurusan islam tahun 2. 








bersatu teguh bercerai roboh

barisan daie muda tahun 2 sesi 2012/2013




 kembara kita sebagai para daie di muka bumi Allah ini masih jauh lagi, oleh itu ayuh sahabat-sahabat daie muda sekalian persiapkan diri dalam menhadapi jalan yang berliku ini. sesungguhnya jika ALLAH selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa2 yang patut kau gusarkan.sesungguhnya segala sesuatu yg menimpamu takkala berjuang di jalanNya adalah penebus dosa-dosa mu, bergembiralah kamu krn kini dirimu tepilih untuknya. Ikhlaskan jiwamu...selagi hayat dikandung badan,selagi sihat seluruh jasad, selagi ajal belum mengundang,wakafkanlah dirimu, jiwamu serta hytmu FISABILILLAH, sesungguhnya hidupmu dan nyawamu hanya skali cuma,jadikan ia ladang pelaburan terbaik buat membeli jannahmu. Amiin.. 

 secangkir tinta pencetus ledakan da'wah...(^_^)






KURSUS PERKADERAN DAKWAH PERINGKAT ASAS (15-17 MAC 2013)


Kursus perkaderan dakwah peringkat asas anjuran Bahagian Intisyar Sektor Pembangunan Sosial Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). kursus peringkat asas ini diadakan 4 siri. kami sebagai pelajat Da'wah dan Pengurusan Islam rasa terpanggil untuk mengikuti kursus ini kerana kursus ini telah banyak memdedahkan banyak ilmu2 dan teknik2 berdakwah kepada non-muslim. Mungkin kita tidak sedar , ramai dikalangan kita hanya menumpukan berda'wah kepada muslim sahaja dan tidak mengambil berat terhadap da'wah kepada non-muslim. setelah menyertai kursus ini kami dapat mengetahui banyak tentang adab2 orang non-muslim dan teknik mematah hujah2 mereka dengan mudah.

kursus ini sangat berguna dan kepada para daie untuk berhadapan dengan non-muslim sekali gus mengajak mereka masuk agama islam. kursus ini akan disusuli dengan siri lanjutan dan siri tahap profesional. selama kami di mengikuti kursus ini selama 3 hari 2 malam kami telah diajar bagaimana berdakwah dan menhadapi non-muslim dari golongan masyarakat cina,masyarakat india, dan masyarakat org asli. Dalam setiap slot ditampilkan penceramah-penceramah yang cukup berpengalaman dan ada juga dari golongan mualaf yang mengetahui teknik-teknik berdakwah yang brkesan terhadap golongan mereka sendiri.




slot dakwah kepada masyarakat cina yang disampaikan oleh xifu Naser 



kami didedahkan gaya bahasa yang perlu digunakan ketika berhadapan dgn masyarakat cina


aktiviti riadah sebelah petang, panaskan badan sebelum berjalan jauh  menuju ke sungai


slot dakwah kepada masyarakat org asli yang disampaikan oleh
ustazah Saloni seorang mualaf dr masyarakat org asli.


cukup mantop penyampaiannya ustazah Saloni.



peserta-peserta kursus perkaderan yang terdiri daripada pelajar UM,UIAM,USIM
dan ada juga dari kalang orang awam.
barisan daie muda usim yang menyertai kursus perkaderan kali ini

terima kasih kepada pihak MAIS

kepada sahabat-sahabat daie muda sekalian terutamanya pelajar dakwah dan pengurusan islam USIM marilah kita sama2 belajar dan mantapkan lagi cara-cara berdakwah kita terhadap golongan muslim kerana berda'wah adalah sunnah para amniya'










lailatul suhbah (18/12/2012)












      program ini adalah program kemuncak sem 3 bagi pelajar Da'wah dan Pengurusan Islam tahun 2 sesi 2012/2013. Objektif program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah antara satu sama lain dan bersesuailah dengan temanya "kemanisan Ukhuwah dalam Berda'wah". pada malam program ini juga, kita pada melihat bakat istimewa sahabat-sahabat daie muda dalam persembahan dan pertunjukkan masing2 dalam slot "Daie Show". Sebagai  daie pada masa kini,kita mestilah kreatif dan inovatif dalam menyampaikan da'wah ,tak kiralah dalam bentuk penulisan, persembahan mahupun nyanyian selagi ia tidak melanggar hukum syarak. Yang pasti apa mesej yang hendak disampaikan adalah jelas dan tercapai.

     Tak lupa juga tahniah kepada sahabat2 yang telah mendapat anugerah pilihan iaitu anugerah sahabat  akedemi, anugerah sahabat kepimpinan, dan anugerah sahabat muslimi&muslimat mithali. Alhamdulillah dan tahniah juga kepada sahabat2 daie muda thn 2 sekalian kerana telah menjayakan program ini dgn baik sekali.

semoga ukhuwah kita kekal berpanjangan amin.

MC pada malam lailatul suhbah iaitu saudara Mohd Ali dan saudari Syazwina


puisi yang menyentuh kalbu yang disampaikan oleh saudari Nur Jannah Jaafar

Tahniah sahabat2 kerana dapat memenuhi dewan .
 kehadiran sahabat ke program kali ini amat membanggakan.

kata2 taujihat dan nasihat daripada senior tahun 4 saudara fikri.

malam yang ceria

ya Allah rapatkan ukhuwah kami .UKHUWAHFILLAH ABADAN-ABADAN.

Persembahan daie muda.TERBAIK!!!

Persembahan nasyid dari daie muda TAA6. mantop!!

Tahniah kepada Muhammad Farid kerana terpilih sebagai exco terbaik sem 3.

slot cabutan bertuah. semuanya bertuah..