27 December 2012

‘Living at the present’


‘Living at the present’

          Semalam saya didatangi oleh beberapa orang pelajar dari kelas lain. Mereka ingin
belajar teknik belajar di musim peperiksaan yang seringkali saya jelaskan teknik ini di
awal semester pada pelajar kelas saya. Teknik yang ringkas tetapi inshaAllah mampu
memberikan fokus kepada pelajar ketika belajar. Tidak kira samada belajar atau
membuat penyelidikan juga ketika membuat kerja harian termasuk suri rumah juga
boleh menggunakannya.

          Masalah utama ketika menerima beban kerja adalah fikiran yang bercelaru dengan
tugasan yang agak banyak. Ketika kita melakukan satu kerja, kita akan terfikir juga
kerja yang lain. Ketika sedang belajar, teringat ada kerja lain yang belum selesai. Ketika
sedang belajar satu subjek tertentu, fikiran masih membimbangkan diri dengan subjek
lain yang belum dibuat ulangkaji. Ketika seseorang pelajar PhD membuat penyelidikan,
fikiran memikirkan hal lain yang belum selesai.

         Kecelaruan ini membuat kita tidak dapat fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan.
Akhirnya ia boleh menyebabkan tekanan pada diri kita.

***

         Tiada rahsia untuk menyelesaikan masalah ini. Setiap hari seharusnya kita perlu
merancang apa yang kita akan lakukan pada hari itu. Tidak perlu terperinci tetapi
sekurang-kurangnya ada perancangan. Perancangan yang dimaksudkan adalah
dengan memberikan waktu pada setiap kerja yang kita lakukan dan yang terpenting
adalah mesti berada di dalam keadaan ”living at the present’‘ ketika melakukan kerja.
Sebagai seorang suri rumah, perancangan seperti untuk mengemas bahagian rumah
yang mana dulu juga perlu dirancang. Apa yang perlu dibuat dahulu dan perlu ada
target masa yang diperlukan. Dengan adanya ‘allocation’ masa untuk setiap apa yang
kita lakukan, maka amat mudah untuk kita berada di dalam keadaan ‘living at the
present’.

          Sebagai seorang pelajar, apabila terdapat ‘allocation’ masa untuk belajar topik-topik
tertentu akan membuatkan mereka mudah mencapai tahap ‘living at the present’.
Begitu juga sebagai seorang pekerja.

***

          Apakah yang dimaksudkan ‘allocation’ masa dan manafaatnya?
‘Allocation’ atau bahasa mudahnya bilakah kerja itu perlu dilakukan dan berapakan
tempoh masa yang diberikan untuk sesuatu tugas itu mengikut keupayaan diri sendiri.
Kita tidak perlu memberikan ‘allocation’ masa yang membebankan kita.

          Kita sendiri tahu keupayaan diri masing-masing lalu peruntukan masa untuk ‘allocation’
itu. ‘Allocation’ masa juga dipengaruhi oleh perkara-perkara lain seperti contoh bagi
mereka yang bekerja, tarikh akhir laporan perlu disiapkan dan sebagainya merupakan perkara yang mempengaruhi ‘allocation’ masa. Bagi pelajar, tarikh peperiksaan akan
mempengaruhi ‘allocation’ masa ini.

          Caranya adalah dengan menyenaraikan semua kerja yang perlu dilakukan dan lakukan
check list dengan memberikan berapa peratus kerja itu telah diselesaikan. Proses ini
saya namakan indentifikasi.

          Seorang pelajar perlu melakukan identifikisi untuk setiap topik bagi setiap subjek dan
melakukan sejauh mana mereka tahu dan benar-benar faham topik tersebut. Benarbenar
faham bermaksud mempunyai kebolehan menerangkan dengan baik topik
tersebut dan mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan topik tersebut
termasuk pengiraan dan sebagainya.

          Ia juga perlu dilihat dari segi keutamaan subjek tersebut. Ia perlu disusun mengikut
tarikh peperiksaan di mana tarikh awal diletakkan sebagai subjek yang mempunyai
keutamaan yang tinggi (highest priority). Ini untuk memastikan kita tahu masa yang
sesuai untuk diperuntukan bagi membuat ulangkaji topik tersebut.

          Manafaatnya adalah kita tidak perlu memikirkan kerja kita yang lain ketika kita
melakukan sesuatu kerja kerana setiap kerja kita telah diberikan ‘allocation’ masa.
Ketika sedang belajar topik A untuk subjek A, kita tidak perlu memikirkan topik B subjek
A atau subjek yang lain kerana kita tahu setiap topik untuk semua subjek yang kita
perlu belajar TELAH mempunyai ‘allocation’ masa sendiri yang kita rancangkan. Tidak
perlu risau belum belajar atau tidak faham. Tidak faham adalah kerana belum sampai
ke ‘allocation’ masa yang ditetapkan. Apabila masanya sampai, kita akan belajar topik
berkenaan sehingga faham. Jadi kenapa perlu risau?

           Begitu juga ketika suri rumah membuat kerja di rumah. Tidak perlu risau bahagian
mana belum dikemas kerana setiap kerja kita telah diberi ‘allocation’ masa. Sampai
sahaja masanya pasti kita akan mengemas bahagian yang telah kita tetapkan.

           Begitu juga mereka yang bekerja. Tidak perlu memikirkan kerja yang lain ketika
melakukan sesuatu kerja kerana kita telah memberikan ‘allocation’ masa untuk setiap
kerja kita. Dengan cara ini kita bukan sahaja dapat menyiapkan kerja pada tempoh
masa yang diberikan, kita juga dapat menumpukan sepenuhnya pada kerja yang kita
lakukan. Hasilnya pasti lebih berkualiti.

***

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘living at the present’?

Saya telah jelaskan sedikit di sini.

           Ia bermakna kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Kita juga sedar dengan apa yang
kita lakukan. Segala fikiran dan jiwa kita hadir sama ketika melakukan kerja tersebut. Ketika melakukan sesuatu kerja, kita hanya fikirkan kerja kita sahaja. Ketika kita sedang
memasak di rumah sebagai contoh, kita tumpukan sahaja kepada memasak.

           Ketika kita menyiapkan laporan di pejabat, kita fikirkan apa yang kita lakukan sahaja.
Begitu juga dengan pelajar yang sedang belajar.

          BEGITU JUGA DENGAN SOLAT. MELAKUKAN SOLAT DALAM KEADAAN ‘LIVING AT THE PRESENT’ MENJADIKAN KITA KHUSYUK DI DALAM SOLAT.
 Masalah tidak khusyuk adalah satu sahaja iaitu seringkali kita lupa diri kita ini bahawa kita sedang
bersolat. Sedang solat, fikiran terbang entah ke mana. Kita tidak berada di dalam
keadaan ‘Living at the present’.

           Saudara akan dapat menikmati solat dengan penuh rasa tenang dan seolah-olah
segala masalah yang terbeban dihumban jauh entah ke mana. Solat yang mampu
membuatkan diri kita lebih merendah diri yang merasakan benar-benar kehambaan.
Solat yang mampu membuat kita menitiskan air mata tanpa disedari ke atas segala
kesalahan yang kita lakukan. Akhirnya solat yang benar-benar memberikan kesan
kepada diri kita.

             Berada di dalam keadaan ‘living at the present’ membuatkan kita tidak akan mengingati
kerja yang lain. Kita tidak bimbang dengan kerja lain. Lagi pun tidak perlu bimbang
kerana BUKANKAH SETIAP KERJA SUDAH ADA ‘ALLOCATION’ MASA YANG
TELAH DITETAPKAN?

***

Bagaimana mampu berada di ‘living at the present’?

Cara yang termudah adalah setiap apa yang kita lakukan kita berkomunikasi dengan Allah.

Sebagai contoh ketika sedang mengemas rumah:

“Ya Allah kotor nya rumah aku ni ya Allah. Aku nak sapu kemudian nak mop lah ya
Allah. Boleh guna pencuci lantai yang aku beli semalam ni ya Allah.”


Ketika bekerja:



“Ya Allah, laporan ni kena data dari Ahmad ni. Aku nak jumpa Ahmad kejaplah ya Allah.

Mana Ahmad ni ya Allah. Tadi ada sini. Takpelah ya Allah. Nanti dia balik aku jumpa
dia. Kau ingatkan aku nak jumpa dia ye ya Allah. Aku ni kuat lupa. Nanti tak siap kerja
aku ya Allah. Tolong ye ya Allah”.

Ketika belajar:

“Ya Allah, macam ni cara untuk selesaikan soalan ni ye ya Allah. Terima kasih ya Allah
sebab kasi aku faham macam mana nak selesaikan. Seronoknya ya Allah sebab aku
dah tahu nak selesaikan kalau ada soalan macam ni. Yang ni macam mana pula ya
Allah. Aku nak baca dulu lah ya Allah. Nanti Kau kasi aku faham ye ya Allah”.

              MUNGKIN SAUDARA KATA SAYA GILA DAN SAUDARA AKAN MENJADI GILA
MELAKUKAN SEDEMIKIAN BUKAN? Bercakap sorang-sorang. Saudara tidak perlu
bercakap. Cukup sekadar di dalam hati.

              Saya ingin bertanya, BUKANKAH SAUDARA AKAN MELAKUKAN ‘MIND CHAT’ JUGA KALAU TIDAK MELAKUKAN KOMUNIKASI DENGAN ALLAH?

             Tidak perlu kita menipu diri kita dengan mengatakan tidak melakukan mind chat ketika
kerja. Kita sentiasa berfikir ketika sedar. Dibuat kajian kita akan berfikir dengan cara
mind chat lebih 80% daripada jumlah komunikasi setiap hari. ‘Mind Chat’ adakah
komunikasi dengan diri sendiri. 20% adalah komunikasi dengan manusia lain samada
kawan-kawan, keluarga dan lain-lain.

              Daripada melakukan mind chat bukankah lebih baik berkomunikasi dengan Allah?
Disamping kita fokus kita juga ingat Allah. Kita sedar dan sentiasa meminta bantuan
Allah di dalam setiap hal kerja yang sedang kita lakukan. Kita minta izin dan redha Allah
sepanjang kerja dan secara tak langsung kita sentiasa ingat Allah sepanjang kehidupan
kita.

              Perancangan dengan meletakkan ‘allocation’ masa pada setiap kerja kita dan juga
sentiasa komunikasi dengan Allah mampu membuatkan kita fokus dengan apa yang
kita lakukan. Ia akan memberikan hasil yang benar-benar kualiti disamping kita
mendidik jiwa menjadi jiwa yang positif di dalam hidup berTuhan sebenar.

Apakah hidup berTuhan sebenar? Adalah kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah yang Maha Esa.




Menyedari dan Merasai dengan sebenarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan

Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan [http://www.fuadlatip.com]


23 December 2012

NATAL DAN MAULID NABI S.A.W





Natal


             Tidak di ketahui secara pasti bila Nabi Isa Dilahirkan, walaupun para penganut Kristiani mengatakan bahwa kelahiran Al Masih adalah tanggal 25 Desember namun keyakinan itu sama sekali tidak boleh dipertanggungjawabkan secara pasti. Yang jelas Nabi Isa dilahirkan pada musim panas, sebagaimana dikisahkan dalam Al Qur'an bahwa setelah melahirkan putranya, sang ibu Maryam bersandar di sebuah pohon kurma lalu di wahyukan kepadanya agar menggoyang batang kurma itu,maka berjatuhanlah rutob dari atas pohon tersebut. Rutob adalah buah korma yang telah masak (empuk), dan buah kurma tidak akan matang jika tidak ada angin panas yang bertiup. Jika ada yang berkeyakinan bahwa Nabi Isa lahir pada musim salju (dingin) maka itu adalah salah.

              Bukan sahaja sedetil tanggal lahirnya, Bahkan tahun kelahirannya juga antara Biebel dan pencetus kalender Masehi yang dipakai saat ini ada perbezaan. Dalam Matius sebutkan bahwa Isa dilahirkan pada masa raja Herodas dari Roma. Sementara itu para pakar sejarah mereka mengatakan bahwa raja Herodas mati pada tahun 4 sebelum Masehi, artinya 4 tahun sebelum kelahiran nabi Isa. Jika Biebel memang benar maka seharusnya tahun Masehi (yang sekarang 2012) seharusnya sudah 2016. dan jika yang benar adalah pencipta kalender maka Bibel (kitab suci) mereka yang salah. Ada kemungkinan juga kedua-duanya salah, dan tidak mungkin keduanya benar.



Sistem Kerahiban dan Taklid Buta


                Sungguh kacaunya sebuah agama disebabkan kerana sumber asli (kitab suci) dari agama tersebut telah diacak-acak dan diputar belikkan oleh orang-orang yang menamakan dirinya atau dinamai ahli ilmu dan ahli ibadah. Dengan sesukanya orang-orang seperti mereka ini membuat fatwa dan hukum yang menyalahi sumber otentik dari agama itu sendiri. Mereka dianggap sebagai wakil Tuhan dan orang suci yang tidak punya salah atau ma'shum. Sehingga ucapan mereka ibarat wahyu yang harus ditaati meskipun itu mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.

         Jika demikian maka ini bererti telah menjadikan orang alim (baik itu ulama, pendeta, rahib dan sebagainya) sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Mungkin mereka beralasan dengan mengatakan: "Kami kan tidak menyembah mereka!" Alasan serupa juga pernah disampaikan oleh seorang Ahlu Kitab yang masuk Islam, Adiy bin Hatim, tatkala ia mendengar Nabi Shallallaahu alaihi wa salam membaca firman Allah, yang artinya: "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai rabb-rabb selain Allah, dan (juga mereka menjadikan Rabb) Al-Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah Yang Maha Esa; tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan." (QS. 9:31)

           Mendengar pembelaan diri dari Adiy, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam lalu bertanya: "Tidaklah mereka itu mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah lalu kamu pun mengharamkannya? Dan tidaklah mereka itu menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah lalu kamupun (ikut) menghalalkannya?"

             Semua pertanyaan Nabi Shallallaahu alaihi wa salam dibenar-kan oleh Adiy, maka beliaupun bersabda: "Itulah ibadah (penyembahan) kepada meraka." (HR. Imam Ahmad dan At-Tirmidzi dengan mengatakan hasan)

             Fenomena seperti ini ternyata juga merebak di kalangan kaum muslimin dimana masih banyak diantara mereka terjebak dalam kultus Individu, menganggap wali ma'shum terhadap seseorang yang segala tingkah laku dan ucapannya tidak boleh disalahkan, dengan alasan takut kuwalat (tertimpa bencana), atau beranggapan mereka memiliki maqom (kedudukan) yang tidak bisa dimengerti dan dicapai orang awam.

          Demikianlah sistem kerahiban dalam agama Nashara telah menjadikan penganutnya dicap Allah sebagai orang dloollin (sesat). Sistem ini sebagaimana disebutkan dalam firman Allah surat Al Hadid ayat 27 merupakan perkara yang diada-adakan dan sama sekali tidak pernah diperintahkan oleh Allah. Artinya: "Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keridhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang yang fasik." (QS. 57:27)

         Dengan kata lain mereka telah membuat bid'ah dalam tata cara agama mereka,sehingga mereka menjadi sesat. Oleh karena itu Rasulullah, jauh-jauh sudah mengingatkan, agar Islam terjaga kemurniannya maka beliau bersabda, yang artinya: "Setiap hal yang baru (dalam urusan agama adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat." (HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah).



Bagaimana Dengan Maulid Nabi S.A.W?



           Maulid (peringatan Hari kela-hiran) Nabi Shallallaahu alaihi wa salam sudah menjadi tradisi bagi sebagian besar kaum muslimin di Indonesia. Hari tersebut dianggap sebagai hari besar (hari raya) yang harus diperingati secara rutin tiap tahun. Peringatan secara rutin dan terus menerus dalam istilah Arab disebut dengan Ied, sedang kalau kita ingin meneliti dalam kitab-kitab hadits bab tentang hari raya disana biasanya tertulis Kitabul Idain (kitab tentang dua hari raya atau hari besar), maksudnya Iedul Fithri dan Iedul Adha. Dari sini jelas sekali bahwa hari Besar dalam Islam yang diperingati secara rutin tiap tahun hanya ada dua hari saja. Sekiranya ada hari besar lain yang waktu itu dirayakan oleh Rasulullah dan para sahabatnya, tentu kaum muslimin mulai zaman shahabat, tabiin dan tabiut-tabiin sudah lebih dahulu melakukannya. Sebagaimana mereka merayakan Idain secara mutawatir, tanpa ada khilaf, dan sudah barang tentu juga dijelaskan adab-adabnya dan bagaimana prakteknya.

             Sedangakan dalam tinjauan syar'i peringatan maulid Nabi sebagaimana di kemukakan syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Rahimahullaah dalam kitabnya At Tahdzir minal Bida', adalah merupakan hal baru dalam Islam, yang tidak pernah di contohkan oleh Rasulullah, para shahabat dan tabi'in. Ada beberapa alasan mengapa beliau tidak memperbolehkan peringatan semacam ini


  • Pertama: merupakan amalan baru yang tertolak, sebagaimana sabda Nabi n, yang artinya: "Barangsiapa mengada-adakan (sesuatu hal baru) adalam urusan (agama) kami, yang bukan merupakan ajarannya maka akan ditolak" (Muttafaq Alaih).
  • Kedua: Menyelisihi Sunnah Nabi dan Khulafaur Rasyidin. Nabi Shallallaahu alaihi wa salam bersabda, artinya: "Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur'an) dan sunnah khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk Allah setelahku." (HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi).
  • Ketiga: Mengambil ajaran bukan dari Nabi, Firman Allah. artinya: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dila-rangnya bagimu maka tinggalkan-lah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesung-guhnya Allah sangat keras hukuman-Nya." (QS. 59:7)
  • Keempat: Tidak pernah dicon-tohkan dan diteladankan oleh Nabi Shallallaahu alaihi wa salam padahal sebisa mungkin kita harus meneladani beliau, Firman Allah, artinya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (keda-tangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS. 33:21)
  • Kelima: Agama Islam telah sempurna tidak perlu penambahan ajaran baru lagi. Firman Allah, artinya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu." (QS. 5:3)
  • Keenam: Bahwa Rasulullah telah menunjukan seluruh kebaikan kepada umatnya dan telah memperingatkan dari kejahatan yang beliu ketahui, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim. Beliau tidak pernah memberi petunjuk tentang peringatan maulid ini, bahkan sebaliknya memperingatkan dari perkara-perkara baru dalam Islam.
  • Ketujuh: Membuat ajaran baru dalam Islam merupakan seburuk-buruk perkara, sebagaiaman penggalan sabda beliau Shallallaahu alaihi wa salam dalam sebuah khutbahnya, yang artinya: " Dan seburuk-buruk perkara(dalam agama) ialah yang di ada-adakan (bid'ah), dan setiap bid'ah itu kesesatan." (HR. Muslim)
  • Kedelapan: Merupakan sikap tasyabuh (meniru-niru) ahli kitab dari kaum Yahudi dan Nashrani dalam hari-hari besar mereka.



             Belum lagi jika dalam acara tersebut terdapat ghuluw (sikap berlebihan) terhadap Nabi Shallallaahu alaihi wa salam misalnya berkeyakinan kalau Nabi datang dalam acara tersebut dan bisa menjawab do'a, ikhtilath yaitu bercampur baur pria dan wanita yang bukan muhrim, atau diselingi dengan pentas musik dan sebaginya.

                   Kalau kita selidiki kedua kes di atas baik itu natal maupun maulid Nabi n, jelas ternyata sumber kekeliruannya adalah sama yaitu Niat baik yang salah cara penyalurannya.Padahal Islam telah mengajarkan bahwa suatu amal dikatakan Shalih dan akan diterima oleh Allah selain diniatkan dengan ikhlas juga harus mengikuti cara dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi n. Kerana kalau kita lihat dalam Al-Qur'an, orang kafir yang dikatakan oleh Allah sebagai orang yang paling rugi amalnya ternyata dikeranakan salah prediksi (perkiraan). Mereka sangka apa yang mereka lakukan adalah kebaikan-kebaikan sebagaimana yang mereka niatkan, padahal sebenarnya adalah kesesatan, firman Allah, artinya: "Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya. Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya." (QS. 18:103-104)

            Janganlah kita seperti mereka, samakan cara ibadah kita dengan cara ibadah Nabi Shallallaahu alaihi wa salam dan para sahabatnya, dan sertailah dengan niat ikhlas karena Allah. (Dept. Ilmiah)























Sumber:
- Waspada Terhadap Bid'ah, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, Yayasan Al-Sofwa, cet. 2, 1997.
- Kitab Tauhid, Syaikh At-Tamimi.
- Benarkah Al-Qur'an mengatakan Bibel Sudah Berubah?, HM. Thaha Suhami, Yayasan Kebangkitan Kaum Muslimin.
- Al-Qur'an dan Terjemahannya, cetakan Madinah Munawwarah.
 













22 December 2012

SALAM IMTIHAN :)





Bismillahirrahmanirrahim .. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,


Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya. Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.
Assalamualaikum w.b.t ..
Salam imtihan kepada sahabat-sahabat daie muda seperjuangan yang akan menghadapi peperiksaan akhir sem 3...




To achieve great things, We must not only act,
 But also dream, Not only plan but also believe,
Best wishes for your exam.



Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.[11:123]
Sama-sama kita berdoa supaya dapat bermujahadah dengan tenang dan menghadapi peperiksaan itu dengan baik untuk result yang baik malah lebih dari itu, cemerlang. InsyaAllah! Moga najah bersama kita semua! Ameen..







 DOA ORANG YANG MENGALAMI KESULITAN





اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لاَ سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ÙˆَØ£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.” 





45. dan mintalah pertolongan (kepada Allah) 
Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
 dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
 kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;




USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN ..
A journey of a thousand miles started with only one step.
Gud luck in your exams, as it is the first step of your career.
Sekalung doa untuk kalian  .. insyaAllah :)
Amiin Ya Rabb ..




"Salam imtihan. Selamat bermujahadah! Selamat berusaha 
dengan lebih gigih dan Selamat menampah fitrah peperiksaan yg bakal menjelang.
Bittaufiq wannajah fi imtihan! 
Semoga Allah mempermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan ..

Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang ....Ameen  (^_^)"


7 December 2012

Detik-detik Rasulullah saw menjelang sakratul maut


Detik-detik Rasulullah saw menjelang sakratul maut
Ada sebuah kisah tentang totalitas cinta yang dicontohkan Allah lewat
kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit telah mulai menguning,
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petuah, "Wahai umatku,
kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan
bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al
Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku>dan kelak
orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh
menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan
berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman
menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat
itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigapmenangkap
Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat
yang hadir di sana pasti akan menahandetik-detik berlalu, kalau bisa.
Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di
dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah aku ayah,
sepertinya ia baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap putrinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Satu-satu bagian wajahnya seolah hendak di kenang. "Ketahuilah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di
dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah
bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia
ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan
suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata
jibril.

Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril membuang muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga
kaupalingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu
itu. " Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, karena sakit yang tak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin,
kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis
shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan santuni orang-orang
lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, pupuslah kembang hidup manusia mulia itu. Kini, mampukah kita mencinta
sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

* * Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-2
muslimlainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,
seperti Allah dan Rasulnya mencinta kita. Karena sesungguhnya selain
daripada itu hanyalah fana belaka.
***






’’TINTA DAIE’’:’’BENGKEL PENGUKUHAN DAKWAH DAN BAHASA’’(17 MUHARAM 1434 H/1 DESEMBER 2012)



ANJURAN:

PERSATUAN DAKWAH DAN PENGURUSAN ISLAM
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(USIM)

DENGAN KERJASAMA
BIRO PEMBANGUNAN SYAKHSIAH DAN ROHANI,
 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
  UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.


TEMA:


’’MANTAPKAN DAKWAH,CINTAKAN SYURGA’’


      Bengkel pengukuhan Dakwah dan bahasa merupakan satu program yang dapat memberi kefahaman kepada para mahasiswa dalam memantapkan cara penyampaian dakwah secara berkesan samada melalui lisan atau kitabah.bengkel ini bertujuan memeberi pemahaman kepada mahasiswa tentang kewajipan berdakwah sebagai seorang mahasiswa.hal ini kerana ramai diantara mahasiswa yang mempunyai bakat dalam menyampaikan dakwah tidak mengetahui kaedah berdakwah dengan sempurna.selain itu,bengkel ini juaga dapat melatih mahasiswa memepelajari bahasa arab sebagai panduan dalam memahami ayat al-quran.bahasa arab sangat penting dalam menyampaikan dakwah terutama sebagai Mahasiswa.
 .
       Sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu serta berdakwah kepada masyarakat sekeliling, kami merancang dan bercadang untuk mengadakan Bengkel Pengukuhan dakwah dan Bahasa sebagai langkah untuk menerapkan semangat cinta ilmu dalam kalangan pelajar universiti. Program ini juga sebagai satu sumbangan di dalam membantu diri sendiri dan pelajar yang lain dalam proses pembangunan dan pembentukan jati diri untuk menempuh era globalisasi yang mencabar ini.

 Berikut adalah Objektif  bengkel ini diadakan:


a.  Memupuk semangat cintakan dakwah dan mengenali potensi menjadi seorang Daie
b.    Menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai kaedah-kaedah penulisan yang berteraskan dakwah.
c.  Mengasah bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar-pelajar Dakwah dan Pengurusan Islam.
d.  Mengukuhkan kemahiran pelajar-pelajar dalam menggunakan bahasa Arab dan membantu mahasiswa mengaplikasikan bahasa arab dengan sempurna.



                                         PENDAFTARAN
                                       DAN SARAPAN PAGI



                                    



                                   











                        SLOT 1: KEFAHAMAN BERDAKWAH
                              ‘’PENTINGKAH MENJADI SEORANG PENDAKWAH??
                                                        Dr Ahmed Abdul Malek



Pengerusi Majlis
Bacaan doa yg dipimpin oleh YDP Da'wah tahun2
(Safwan b.Salim)


slot pertama disampaikan oleh Dr.Ahmed Abdul Malek
salah seorang anak murid sheikh Ahmed Hoosen Deedat















Penyampaian cenderahati kpd penceramah 




SLOT 2: KUASAI LUGHATUL JANNAH

AKU CINTA BAHASA ARAB
‘’mahirkan bahasaku,,permudah jalan dakwahku’’
-                             Dr. Kamaluddin Nurdin Marjunin


Pengerusi Majlis
slot ini disampaikan oleh Dr. Kamaluddin Nurdin Marjunin
      ketua program Da'wah dan Pengurusan Islam(usim)








Rehat & Makan Tengahari













SLOT 3: KAEDAH BERDAKWAH BIL LISAN



‘’AKU INGIN MENJADI SEORANG PENDAKWAH YANG BERJAYA’’
-          Dr Ahmed Abdul Malek




Pengerusi majlis



















                                          SLOT 4: DAKWAH BIL KITABAH
                                       ‘’BERDAKWAH MELALUI PENULISAN’’

                                       BERSAMA:  MOHD RAZALI MAAROP
                                           “Abu Ridwan”


Pengerusi Majlis


Ketibaan Penceramah Jemputan dan wakil MPP

slot ini disampaikan oleh salah seorang kolumnis langit ilahi yg dikenali dgn nama Mohd Razali Maarop atau nama gelarannya 'Abu Ridwan'