4 June 2013

SRIKANDI MUKHTAR (29 MAC 2013)








      Srikandi Mukhtar’ adalah satu program inisiatif Dakwah & Pengurusan Islam Tahun 2 yang khusus melibatkan mahasiswi-mahasiswi program Dakwah & Pengurusan Islam sahaja. Selain itu,program ini akan dilaksanakan selama setengah hari di DKF 1.2,FKP. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan yang luas tentang peranan para mahasiswi yang bukan sahaja sebagai seorang pelajar dan wanita tetapi juga sebagai seorang dai’eyah.

      Selain itu, program ‘Srikandi Mukhtar’ ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dalam memantapkan lagi kemajuan mahasiswi-mahasiswi Dakwah & Pengurusan Islam. Program seumpama ini sangat baik untuk dilaksanakan buat warga mahasiswi Dakwah & Pengurusan Islam.Justeru,boleh menjadi contoh kepada mahasiswi-mahasiswi daripada program-program yang lain.

         OBJEKTIF

Mengukuhkan tautan ukhuwah dan silaturrahim antara mahasiswi-mahasisiwi atau para dai’eyah program Dakwah & Pengurusan Islam Tahun 2.

Memberi pendedahan kepada para dai’eyah tentang metodologi dakwah masa kini.

Memupuk nilai kerjasama dan kesefahaman di kalangan para mahasisiwi demi pembangunan program Dakwah & Pengurusan Islam.

Memupuk kesedaran diri sebagai seorang hamba dalam melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Asr,beruntung bagi mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan untuk kesabaran.

Mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri para dai’eyah.



Bacaan ayat suci Al quran dan terjemahan bagi pembukaan majlis yang
disampaikan oleh saudari Nor Sabiha Abd Manaff dan Nur Jannah Jaafar.

penyampaian yang mantop dari ustazah  





coral speaking dari kelas TAA 1 dan TAA 4..terbaik!!..(^_^)






Persembahan nasyid dari kelas TAA2 & TAA5..




Persembahan Qasidah dr TAA3&TAA6.






No comments :

Post a Comment