4 June 2013

KURSUS PERKADERAN DAKWAH PERINGKAT ASAS (15-17 MAC 2013)


Kursus perkaderan dakwah peringkat asas anjuran Bahagian Intisyar Sektor Pembangunan Sosial Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). kursus peringkat asas ini diadakan 4 siri. kami sebagai pelajat Da'wah dan Pengurusan Islam rasa terpanggil untuk mengikuti kursus ini kerana kursus ini telah banyak memdedahkan banyak ilmu2 dan teknik2 berdakwah kepada non-muslim. Mungkin kita tidak sedar , ramai dikalangan kita hanya menumpukan berda'wah kepada muslim sahaja dan tidak mengambil berat terhadap da'wah kepada non-muslim. setelah menyertai kursus ini kami dapat mengetahui banyak tentang adab2 orang non-muslim dan teknik mematah hujah2 mereka dengan mudah.

kursus ini sangat berguna dan kepada para daie untuk berhadapan dengan non-muslim sekali gus mengajak mereka masuk agama islam. kursus ini akan disusuli dengan siri lanjutan dan siri tahap profesional. selama kami di mengikuti kursus ini selama 3 hari 2 malam kami telah diajar bagaimana berdakwah dan menhadapi non-muslim dari golongan masyarakat cina,masyarakat india, dan masyarakat org asli. Dalam setiap slot ditampilkan penceramah-penceramah yang cukup berpengalaman dan ada juga dari golongan mualaf yang mengetahui teknik-teknik berdakwah yang brkesan terhadap golongan mereka sendiri.




slot dakwah kepada masyarakat cina yang disampaikan oleh xifu Naser 



kami didedahkan gaya bahasa yang perlu digunakan ketika berhadapan dgn masyarakat cina


aktiviti riadah sebelah petang, panaskan badan sebelum berjalan jauh  menuju ke sungai


slot dakwah kepada masyarakat org asli yang disampaikan oleh
ustazah Saloni seorang mualaf dr masyarakat org asli.


cukup mantop penyampaiannya ustazah Saloni.



peserta-peserta kursus perkaderan yang terdiri daripada pelajar UM,UIAM,USIM
dan ada juga dari kalang orang awam.
barisan daie muda usim yang menyertai kursus perkaderan kali ini

terima kasih kepada pihak MAIS

kepada sahabat-sahabat daie muda sekalian terutamanya pelajar dakwah dan pengurusan islam USIM marilah kita sama2 belajar dan mantapkan lagi cara-cara berdakwah kita terhadap golongan muslim kerana berda'wah adalah sunnah para amniya'










No comments :

Post a Comment