28 November 2012

APA PERASAAN ANDA? APA TINDAKAN KITA SELEPAS INI?


           Umat Islam diikat dengan perjanjian dan ikrar dua kalimah syahadah. Dengan ini, kita telah pun memeterai satu akuan sumpah untuk saling memelihara darah, harta dan kehormatan di antara satu sama lain. Menurut satu hadis yang :

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

            Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah mereka.

            Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin dan menyebabkan sebahagian penduduknya yang menjadi pelarian, apakah peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab dua kalimah syahadah ini? Sehingga kini, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang. Sementara kematian dan pembunuhan pula masih berlaku hari demi hari.

             Maka menjadi KEWAJIPAN kepada kita semua untuk membantu saudara kita yang berada di sana kerana kita sebenarnya BERHUTANG dengan mereka yang sedang berjihad mempertahankan kesucian bumi Palestin dari di nodai oleh tangan-tangan kotor zionis laknatullah. Tetapi kita yang berada disini hanya bertindak sebagai ‘’PEMERHATI’’ tanpa sebarang tindakan. Maka, bayarlah hutang-hutang kepada saudara kita di Palestin dengan cara menyumbang apa sahaja yang kita mampu.

Kejayaan Dicapai Pihak Berkuasa Gaza:
(1) Melancarkan serangan-serangan balas ke atas kapal-kapal tentera Israel.

(2) Melancarkan serangan-serangan balas ke atas kapal-kapal udara tentera Israel dan berjaya mengenai sasaran.

(3) Melancarkan serangan-serangan balas menggunakan roket-roket buatan sendiri ke arah bandar-bandar besar Israel sehingga mewujudkan suasana ketakutan para pemimpin dan pendatang haram Israel yang menduduki bumi Palestin.

(4) Bagi menunjukkan kekuatan dan mengancam Israel agar jangan terus bongkak, tentera pihak berkuasa Gaza telah membuat serangan-serangan balas menggunakan roket-roket buatan sendiri kearah kawasan Israel agar mereka juga faham bahawa Gaza juga ada upaya persenjataan yang perlu digeruni.

(5) Bagi menunjukkan kekuatan dan kebolehan Hamas di dalam berdepan dengan ancaman Israel, unit khas Al-Qassam telah berjaya menembusi siaran media Israel. Ini adalah suatu kepakaran yang dimiliki Hamas agar Israel faham bahawa Gaza juga ada upaya teknologi moden dan persenjataan yang perlu digeruni.

Serangan pejuang Palestin menembusi kawalan keselamatan Israel

1. Setelah enam tahun berlalunya serangan berani syahid yang berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 9 yahudi dan mencederakan sekitar 40 orang yang dilakukan oleh pemuda Palestin yang meletupkan dirinya di Tel Aviv, Ketua Briget Qassam yang baru (menggantikan As Syahid al Ja'bary), mengeluarkan ancaman akan melakukan serangan berani syahid , Setelah 24 jam Ahmad Daif mengeluarkan ancaman tersebut, satu letupan besar yg memusnahkan sebuah bas di tengah - tengah bandar Tel Aviv telah berlaku yang mana telah mengorbankan 3 nyawa yahudi, 4 lagi koma di samping mencederakan 21 yang lain yang dilakukan oleh seorang wanita Palestin yang meninggalkan beg berisi bom jangka dalam bas tersebut dan meletup berhampiran bangunan Kementerian Peperangan Israel dan beberapa pejabat agensi keselamatan yg lain.

2. Saluran 2 TV Israel menerusi sumber tentera menolak kemungkinan ianya serangan berani syahid. Ianya mungkin serangan berbentuk lontaran bom ke atas bas atau meninggalkan beg berisi bom di dalam bas tersebut

3. Tersebar juga berita yang mengatakan berlakunya letupan kedua kerana ada sumber mengatakan mereka ternampak dua pejuang berani syahid berkeliaran di Tel Aviv mencari sasaran serangan. Pihak berkuasa Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan letupan kedua.

4. Saluran 10 TV Israel mengeluarkan ucapan seorang Yahudi yang ketakutan selepas serang tersebut dengan katanya " Aku sama sekali tidak akan terus tinggal di sini.. Aku akan balik ke negeri asalku.. Kita sentiasa menunggu kematian kita daripada langit (peluru berpandu Qassam). Tiba-tiba ia datang daripada jalan yg kita lalui. Mati menyerang kita daripada semua sudut di Tel Aviv ini... Aku tak akan tinggal menetap di sini "

5. Wartawan Saluran 2 Israel berkata " Inilah (serangan) yang dijanjikan oleh Hamas dan ia betul- betul dilaksanakan. Kalau beginilah keadaannya, tiada faedahnya 'Iron Dome'(penangkis peluru berpandu) dan siren amaran. Dia merujuk kpd rakaman suara amaran ketua Briged Qassam yg baru, Muhammed Daif pada hari Selasa lepas. Beliau memberikan perakuan bahawa sebarang ancaman daripada Hamas pasti akan ditunaikan sebagaimana yang dijanjikan. Keluarga As Syahid Ja' bary juga memberikan ancaman yang sama iaitu akan membalas tindakan membunuh tersebut dan dilakukan di tengah- tengah bandar Tel Aviv.

6. Saluran TV 10 menyatakan serangan tersebut berlaku terhadap bas milik syarikat " Dan" di Jalan Syawul Hamiligh di tengah- tengah bandar Tel Aviv berhampiran bangunan Kementerian Peperangan Israel.

7. Penganalisis Politik Palestin, Mustafa Al Sawwaf mengulas serangan ini merupakan bentuk baru serangan daripada Hamas dan merupakan antara siri kejutan yang dijanjikan oleh Hamas. Ini merupakan tindakan balas pertama setelah Israel membunuh al Ja' bary.( Tambahan: dalam kenyataan sebelum ini pimpinan Hamas ada menyatakan mereka akan menjadikan Tel Aviv sebagai neraka bagi Yahudi di Tel Aviv

8. Al Sawwaf menambah dalam temuramahnya dengan akhbar Hurriyah FJP, Hamas ingin menyampaikan mesej tegas kepada Israel bahawa mereka berupaya membelasah Israel daripada udara, daripada darat dan di mana saja yang mereka mahu walaupun Israel telah membunuh pemimpin mereka. Ianya juga merupakan tekanan kuat agar Israel kembali ke meja perundingan gencatan senjata yang tergendala kerana keangkuhan Israel enggan menerima syarat- syarat Hamas.

9. Sejarah serangan berani syahid seperti ini di Tel Aviv bermula pada 19 Oktober 1994 sewaktu Intifadah pertama yg berlaku di dalam bas no 5 yg dinaiki oleh seorang pemuda Palestin yang meletupkan bom di badannya yg mengorbankan 21 penduduk Israel. Seterusnya pada awal Jun 2001 ketika Intifadah kedua bila seorang pemuda Palestin meletupkan bom di badannya di pintu masuk kelab Dolfanirium yg mengorbankan 21 nyawa dan 100 tercedera dan yang terakhir pada 17 April 2006 yang mengorbankan 9 nyawa dan 40 orang tercedera bila seorang pemuda Palestin meletupkan bom di badannya di Stesyen Bas Pusat( lama) di Tel Aviv.

Sesungguhnya kemenangan Allah adalah semakin hampir. Situasi mujahideen di sana sekarang sangat-sangat berbeza berbanding sebelum ini, mereka sebenarnya menunggu saat KEMENANGAN yang telah di janjikan oleh Allah.
Telah berkata salah seorang mujahideen:

‘’Dont worry about palestinian, they are very strong now, Allah with us, this time is different, all united with mujahideen, jewish suffer much, mujahideen hit them hardly, palestinian thank malaysia people much,m'sian aid reach poor people and injured also, salam to allfrom rabat land, inshallah victory is matter of time inshallah bro, just pray for mujahideen"

Bantulah saudara kita di sana dengan BERDOA,BAYAR HUTANG(SUMBANGAN) dan dengan cara yang ini kita mampu.Tindakan kita juga, usaha kita juga untuk boikot barang-barang  yang memberi sumbangan terhadap Israel untuk hapuskan umat Islam di Palestin.Untuk menyumbang boleh melalui mana-mana BADAN NGO yang banyak di siarkan di Facebook dan sebagainya.










:: Kesedaran terletak pada diri anda, jalan mana anda akan pilih,adakah sanggup melihat saudara seislam kita mati dibedil oleh ZIONIS laknatullah? Jawapan hanya ditangan anda,tepuk dada Tanya IMAN::




INILAH SAUDARA KITA,ADIK SEISLAM KITA YANG MATI SYAHID YANG TELAH DIBEDIL OLEH ZIONIS:










Selepas ni, apa tindakan kita seterusnya? Teruskan menyumbang, Teruskan berdoa kepada mereka.Pastinya perjuangan kita perlu teruskan di MEDAN JIHAD iaitu MEDAN MENUNTUT ILMU.Kita 



berusaha untuk mencapai keputusan yang terbaik di Dunia dan Akhirat.Jaga adab ketika menuntut ilmu, jaga hak kita sebagai seorang pelajar.



::TERUSKAN BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI SANA::
:: JIHAD FISABILILLAH ::


ni link video TEARS OF GAZA



24 November 2012

Muhasabah diri capai kegemilangan agenda ummah sepanjang zaman






UMAT Islam hendaklah peka dengan perkembangan semasa dan perlu sentiasa menilai kembali sejauh mana tanggungjawab dan kedudukan mereka kepada agama.

Mereka juga perlu prihatin dengan sebarang perkembangan yang berlaku demi memastikan kedudukan Islam sentiasa terpelihara.

Perkara ini amat mustahak kerana dalam situasi sekarang, umat Islam masih bergerak dan bertindak tidak sekata. 

Situasi ini sebenarnya amat tidak menguntungkan dan membuahkan natijah yang dibanggakan kepada agama Islam dan penganutnya.

Yang pasti, walaupun bilangan umat Islam ramai dan kini mencecah hampir 1.6 bilion dan ditambah pula keadaan buminya yang kaya dengan pelbagai sumber galian, mereka tetap tidak terkecuali daripada terus dihina, diancam dan dibunuh tanpa belas kasihan.

Dunia pun sudah menyaksikan bagaimana keadaan umat Islam hari ini yang terus dihimpit dengan kemiskinan, kesengsaraan dan lazim menjadi pelarian walaupun di negara sendiri. Soalnya, kenapa atau mengapakah ia berlaku? 

Secara mudah, untuk menjawab persoalan ini, setidak-tidaknya ada yang beranggapan bahawa situasi itu bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi pernah berlaku suatu ketika dulu pada awal pemerintahan Islam.

Maknanya, mereka beranggapan bahawa Islam itu tidak sesekali akan berada di kemuncaknya, tetapi pada satu-satu masa akan sama berada dalam kegawatan.

Maknanya juga, situasi ini bukan saja berlaku untuk ketika ini saja, malah berlaku semasa hayat Rasulullah. 

Kita mengakui bahawa Islam pernah menjejaki zaman suram, dan ada kalanya juga zaman kegemilangan. 

Dalam peperangan, Islam pernah mencapai kemenangan seperti mana diperoleh dalam Perang Badar dan tidak terkecuali menerima kekalahan dalam Perang Uhud. 

Ini kerana yang menentukan jatuh bangun, menang kalah, dan pahit manis sesuatu kejadian di alam ini hanyalah berdasarkan kehendak dan kemahuan Allah.

Perkara ini diterangkan dalam al-Quran seperti mana firman-Nya yang bermaksud : “Dan demikianlah keadaan hari-hari di dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan Kami gilirkan antara sesama manusia agar menjadi pengajaran dan Allah mengetahui mengenai orang yang benar-benar beriman dan supaya Allah menjadikan sebahagian kamu orang yang gugur syahid. Ingatlah Allah tidak suka kepada orang yang bertindak zalim." (Surah Ali Imran, ayat 140).

Peristiwa silam ini nampaknya tidak seiring dengan apa yang berlaku ketika ini. Kini umat Islam terus ditindas, manakala kejayaan dicapai tidak sehebat umat bukan Islam.

Justeru untuk kembali bangkit dan terus mencapai kemajuan, sebarang halangan yang boleh menyebabkan kemunduran dan kelemahan itu hendaklah dihapuskan.

Banyak faktor yang menyebabkan umat Islam terpinggir antaranya adalah kelemahan umat Islam sendiri yang sering membelakangi perintah dan larangan sendiri.

Bertepatan dengan perkara ini, al-Quran Allah berfirman yang bermaksud : “Kamu umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu mengajak berbuat kebaikan dan di masa yang sama menghalang dan mencegah manusia daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama Islam serta sekali gus kamu beriman kepada Allah.” (surah Ali Imran ayat 110). 

Sesungguhnya, tanggungjawab sebenar umat Islam adalah melaksanakan kebaikan, dan dalam masa sama melipat gandakan usaha mencegah kemungkaran.

Apa yang sangat menyedihkan, masih ada sebilangan umat Islam bertindak sebaliknya. Mereka tidak bersedia melakukan kebaikan, tetapi terjerumus melaksanakan pelbagai kegiatan kemungkaran.

Lebih mendukacitakan, mereka juga berbangga dan tidak segan menceritakan yang dirinya setia dengan kemungkaran. Lebih parah lagi, ada yang menganggap kebaikan sebagai kemungkaran dan kemungkaran pula sebagai kebaikan.

Dari segi tuntutan agama, Islam menuntut penganutnya agar umat pilihan seperti yang digambarkan Allah dalam al-Quran yang bermaksud : “Dan demikianlah Kami jadikan kamu umat Muhammad berupa bangsa pilihan lagi adil. Agar kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada manusia seluruhnya. Dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran tentang perbuatan kamu.” (surah al-Baqarah, ayat 143).

Hari ini, ada umat Islam yang membelakangi tuntutan ini. Mereka terpengaruh dengan sifat dan sikap golongan Yahudi dan Nasrani hinggakan mereka sanggup melakukan sesuatu ditegah agama.

Mereka gemar melakukan larangan agama seperti rasuah, pecah amanah, tamak dan banyak lagi sifat yang dicela agama.

Ada juga yang hidup serba mewah hingga lupa tanggungjawab kepada agama dan saudara seagama. Mereka menjadikan budaya Barat sebagai amalan dan tidak cukup setakat itu, berpuas hati dan berbangga pula dengan sesuatu yang dilakukan oleh barat.

Islam juga menghendaki agar umatnya bersatu yakni menjadikan akidah Islamiah sebagai tunjang utama dengan disertai kesatuan dalam berfikir, bertindak dan bersuara.

Umat Islam sepatutnya menghindari perpecahan khuatir mereka lupakan siapakah musuh sebenarnya. Yang pasti musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperalatkan umat Islam agar mereka sentiasa terus berpecah sesama sendiri.

Apabila perancangan itu berjaya, umat Islam ketika itu bukan lagi umat pilihan, tetapi umat terkebelakang, dipandang hina dan tidak berguna pada reaksi mereka.

Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, masanya sudah tiba untuk umat Islam sama-sama berfikir dan memuhasabah diri di manakah tanggungjawab dan kepekaan diri terhadap kesucian agama ini.



‘Tulang busuk penegak keadilan’


SEJAK dilantik menjadi gabenor Mesir oleh Khalifah Umar al-Khattab, Amru al-Ash tinggal di sebuah istana yang berhadapan dengan sebidang tanah kosong dan di atas tanah itu, ada sebuah pondok kecil.

Sebagai gabenor, beliau berhasrat untuk mendirikan sebuah masjid yang indah dan mewah di atas tanah kosong itu supaya seimbang dengan kewujudan istananya, namun impian itu terhalang kerana tanah serta pondok berkenaan dimiliki oleh seorang Yahudi.

Justeru, kewujudannya dianggap tidak berapa sedap dilihat kerana terletak berhadapan dengan sebuah istana penguasa. Pada suatu hari, pemilik tanah dan pondok berkenaan dipanggil menghadap gabenor Amru Al-Ash di istana untuk membincangkan rancangan dan hasratnya itu.

Selepas berjumpa Yahudi itu, Amru berkata: “Wahai Yahudi, berapakah harga tanah bersama dengan pondok kamu itu? Aku mahu membina masjid di atasnya.”

Bagaimanapun Yahudi itu menggelengkan kepala sambil berkata: “Tidak akan saya jualkan kedua-duanya, tuan.”

Sesudah itu, Amru berkata: “Aku akan membayarnya tiga kali ganda daripada harga biasa?”

Tawaran gabenor sungguh lumayan namun Yahudi itu tetap enggan menjualnya.

Amru tetap menawarkan supaya ia dijualkan dan mengingatkannya mengenai kemungkinan beliau akan menyesal jika tidak berminat. Namun apa yang pasti, walaupun selepas berkali-kali gabenor membuat tawaran, Yahudi itu tetap menegaskan bahawa dia tidak mahu menjualkannya dan tidak sesekali menyesal.

Selepas orang Yahudi itu meninggalkan istananya, Amru menetapkan satu keputusan untuk membongkar tempat tinggal kepunyaan Yahudi itu dan mendirikan sebuah masjid besar di atas tanah berkenaan dengan alasan demi kepentingan bersama serta mengindahkan pemandangan.

Yahudi itu tidak boleh berbuat apa-apa menghadapi tindakan sang penguasa. Namun, dia tidak putus asa memperjuangkan haknya dan bertekad hendak mengadu perbuatan gabenor Amru kepada ketua pemerintahnya yang berada di Madinah, iaitu Khalifah Umar bin Khatab.

Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa khalifah yang namanya sangat masyhur itu ternyata tidak mempunyai istana mewah langsung. Apabila sampai, Yahudi itu disambut oleh khalifah di halaman Masjid Nabawi, iaitu di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.

“Ada keperluan apa tuan datang jauh dari Mesir?” tanya Khalifah Umar sesudah ia menyambut kedatangan Yahudi itu dari seberang selat.

Walaupun agak gementar apabila berdiri di depan khalifah, Yahudi itu akhirnya berjaya menenangkan hatinya kerana ketua negara Islam yang bertubuh tegap itu menatapnya dengan pandangan yang sejuk hingga lancar lidahnya dapat menceritakan masalah dan keperluannya.

Yahudi itu memberitahu bahawa beliau bekerja keras seumur hidup hingga dapat membeli sebidang tanah dan pondok kecil di sebuah kawasan berhadapan dengan istana gabenor. Akhirnya, tanah itu dirampas oleh gabenor Amru dan dibangunkan sebuah masjid yang indah dan besar.

Umar mendadak merah padam mukanya. Dengan murka dia berkata: “Kurang ajar si Amru. Perbuatannya sudah keterlaluan.” Sesudah agak reda nafsu amarahnya, Umar lantas menyuruh Yahudi itu supaya mengambil sebatang tulang dari tempat sampah yang berlonggok dekatnya. Yahudi itu ragu-ragu menurutkan perintah berkenaan.

Selepas perintah itu diulang dua kali, maka Yahudi itu dengan kebingungan mengambil sebatang tulang belikat unta dan diserahkannya kepada Khalifah Umar.

Kemudian, Umar menoreh tulang belikat unta itu dengan huruf alif yang lurus dari atas ke bawah lalu dipalang pada tengah-tengahnya menggunakan hujung pedang.

Tulang itu diserahkannya kepada Yahudi berkenaan seraya berpesan: “Tuan, bawalah tulang ini baik-baik ke Mesir, dan berikan kepada gabenor aku, Amru bin Ash.”

Yahudi itu tertanya kerana beliau datang dari jauh iaitu dari Mesir ke Madinah untuk memohon keadilan daripada khalifah tetapi dia hanya menerima sebatang tulang yang berbau busuk, yang cuma digores dengan hujung pedang.

“Maaf, tuan khalifah,” ucap beliau tidak puas.

“Saya datang ke mari menuntut keadilan. Namun, bukan keadilan yang tuan berikan melainkan sepotong tulang yang tidak berharga. Bukankah ini suatu penghinaan atas diri saya?”

Umar tidak marah sebaliknya menegaskan pendiriannya dengan berkata: “Wahai Yahudi. Pada tulang busuk itulah terletak keadilan yang tuan inginkan.”

Walaupun sambil mendongkol dan mengomel di sepanjang jalan, orang Yahudi itu terus berangkat meninggalkan Madinah menuju ke negeri tempat mukimnya dengan hanya membawa hasil sepotong tulang belikat unta yang berbau busuk.

Anehnya, tulang yang kelihatan tidak ada nilai itu diterima oleh gabenor Amr dan tanpa diduga oleh Yahudi, tubuh Amru tiba-tiba menggigil dan wajahnya pucat ketakutan.

Seketika itu, dia memerintahkan anak buahnya supaya merobohkan masjid yang baru saja siap dibina dan mendirikan semula pondok kecil kepunyaan Yahudi itu, serta menyerahkan hak atas tanah berkenaan secara utuh seperti semula.

Anak buah Amru sudah berkumpul keseluruhannya. Masjid yang memakan belanja besar itu akan dihancurkan.

Namun, tiba-tiba Yahudi itu mendatangi gabenor Amru dengan terburu-buru.

“Ada perlu apa lagi, tuan?” tanya Amru dengan nada yang halus dan hormat.

Dalam keadaan yang masih termengah-mengah itu, Yahudi berkenaan berkata: “Maaf, tuan jangan dibongkar dulu masjid itu. Izinkan saya menanyakan satu perkara paling pelik yang mengusik perasaan saya.”

“Perkara yang mana?” tanya Gabenor tidak mengerti.

“Apa sebabnya tuan begitu ketakutan dan menyuruh supaya merobohkan kembali masjid itu hanya kerana tuan menerima sepotong tulang dari Khalifah Umar?”

Gabenor Amru berkata: “Wahai, Yahudi. Ketahuilah kamu bahawa tulang itu adalah tulang biasa, malah baunya busuk tetapi oleh kerana ia dikirimkan oleh khalifah, tulang itu menjadi peringatan yang amat tajam dan tegas dengan dituliskan beliau satu huruf alif yang dipalang tengah-tengahnya.”

“Maksudnya?” tanya Yahudi semakin kehairanan.

“Tulang itu berisi ancaman Khalifah yang bermaksud: “Amru bin Ash. Ingatlah kamu, siapa pun engkau sekarang, betapa tinggi pun pangkat dan kekuasaan kamu, suatu saat nanti kamu pasti berubah menjadi tulang yang busuk. Justeru, bertindak adil lah kamu seperti huruf alif yang lurus, adil di atas dan adil di bawah. Sebab, jika engkau tidak bertindak lurus, aku palang di tengah-tengah kamu, aku tebas batang leher kamu.”

Yahudi itu tunduk terharu. Dia kagum atas sikap khalifah yang tegas dan sikap gabenor yang patuh kepada pihak atasannya hanya dengan menerima sepotong tulang. Ia adalah bukti yang mulia kerana benda yang rendah berubah menjadi keputusan hukum yang keramat dan ditaati di tangan penguasa yang beriman.

Maka Yahudi itu kemudian menyerahkan tanah dan pondoknya sebagai wakaf. Selepas kejadian itu, dia menyatakan memeluk Islam.

23 November 2012

iftor jama'ie






Pada isnin yang lalu bersamaan 8 oktober 2012, Pelajar Da'wah tahun 2 telah mengadakan majlis iftor jama'ie untuk kali pertama yang bertempat di Bulatan FKP, bermulanya jam 6.40 petang. Majlis ini akan diadakan dua kali sebulan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara para daie muda tahun 2 . Semua pelajar berkumpul di Bulatan FKP setelah tamat kuliah. Iftor tersebut dimulakan dengan sedikit pembukaan bicara daripada YDP atau wakil Exco DaieMuda tahun 2. Turut diadakan juga sesi tazkirah yang disampaikan sendiri oleh wakil dalam kalangan pelajar da'wah tahun 2(Daie Muda tahun 2) sebagai santapan rohani sekali gus,memantapkan tarbiyah dalam diri para daie. Sebagai penutup, dibacakan doa sebelum majlis berbuka bersama-sama di lapangan Bulatan FKP.




Berkumpul di Bulatan FKP setelah selesai kuliah terakhir

Duduk dalam satu bulatan



Ukhwah.Terlalu indah untuk diungkapkan dan
terlalu manis apabila dihiasi dgn kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan.

Muslimat juga turut segera mengambil tempat sebelum masjils dimulakan.

Tazkirah Ringkas dari Exco Da'wah,walaupun ringkas penuh
dengan nasihat dan peringatan yg dapat dijadikan sandaran buat sahabat2
daie muda tahun2..


Ukhwah..
Terlalu bererti buat kami Ya Allah..
Rahmati dan redhailah ukhwah kami..

Bulatan Gembira Kami di FKP..
Ya Allah berkatilah bulatan Ukhuwah kami ini Amiin...(^_^)


khusyu' mendengar tazkirah dr wakil exco da'wah.




Pengagihan buah kurma,  Disamping bacaan doa dari YDP da'wah thn 2.
Alangkah indahnya puasa yang kita tunaikan, apabila tatkala berbuka kita turut mengikut sunah Rasulullah.


Sunat berbuka dengan buah kurma. Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.”
 (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). 


Makanan diagihkan mengikut kumpulan masing-masing.






~Selamat berbuka ~



 "Ya Allah, kepadaMu kami berpuasa dan kepadaMu kami beriman dan dengan rezekiMu kami telah berbuka puasa."



IQ Talk: Buat pengetahuan sahabat-sahabat para daie muda sekalian, iftor jama'ie adalah antara salah satu wasilah untuk merapatkan hubungan sesama kita.. 

13 November 2012

HIJRAH MENUJU ALLAH





Assalamualaikum.

                  Penghijrahan diri, selalu kita tegaskan perkara ini semasa umat Islam menyambut Maal Hijarah iaitu 1 Muharam. Tapi kali ini walaupun ianya telah berlalu izinkan saya membawa tajuk ini utk kita selami dalam kehidupan seharian kita untuk mencari kerehaan Allah semata-mata. Moga hidup kita lebih bermakna. InsyaAllah.

                 Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."

Sesungguhnya ayat Al-Quran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar melainkan benar sahaja.


HIJRATUL QALBIYAH


                 Apa pun pekerjaan dimulakan dengan niat. Oleh itu suka saya mulakan hujah saya dipagi ini dengan menekankan hijrah Hati Nurani. Sedap didengar apatah lagi jika kita mengamalkannya. Satu petua yang ingin saya kongsi bersama untuk menjayakan apa yg dicita ialah setiap kali kita memandang cermin bacalah doa ini didalam hati.

Bismillahirahmanirrahim.

"Ya Allah cantikkan lah akhlak ku sepertimana engkau mengelokkan kejadian ke atas diriku"

                Sebelum saya teruskan lagi suka saya beritahu ini semua yang kita cari bukan sahaja untuk mencari keredhaan Ilahi namun ianya untuk kebaikan hidup kita yang senantiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Ini adalah titik permulaan untuk mencapai kemenangan hidup didunia sekaligus membawa kebahagian diakhirat.

                Dalam proses kita sebagai manusia untuk menghijrah kan diri kita utk mendapatkan keredhaan ilahi ini Rasulullah SAW ada menggariskan panduan kepada umat2nya. Baginda bersabda ertinya: "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim)

                Mengapa sahabat atau kawan memainkan peranan penting dalam penghijrahan diri kita atau kehidupan seharian kita? ini kerana dengan apa yang dia lakukan akan tempias kepada diri kita sepertimana terpeciknya air hujan. Jika berkawan dengan orang yang buruk perangainya lambat laun pasti akan terikut-ikut begitulah sebaliknya jika berkawan dengan org yang baik, InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan tertarik.

                 Dengan perlakuannya. dengan cara percakapannya, dengan segala tindak tanduknya, dengan kesabarannya, dengan kesungguhannya, dengan sifat kesederhanaanya, dengan kesabarannya dan setiap apa yang dia lakukkanya akan tertempias kepada diri kita jika kita bersahabat baik dengan dia (org yang soleh). Oleh itu pilihlah kawan dari kalangan orang-orang yang beriman dan percayalah kata-kata saya ini sesungguhnya mereka akan memberikan kita kebahagian hati. Inilah yang dikatakan usaha kita cuba mempertingkatkan penghijrahan qalbiyah yang menjadi titik permulaan hijrah.

                Seterusnya secara rasional manusia mempunyai kelebihan dan kepandaian masing-masing. Rasulullah SAW. itu sendiri yang mempunyai kelebihan yang dipergunakan untuk kepentingan agama Allah. Dengannya umat Islam sehingga kini memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan. oleh itu marilah kita menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita ini dengan membuat kebaikan sesama manusia. Sepertimana firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 - 8 bermaksud: "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat biji zarah (sawi) pun nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula"

                Bagaimana yang dikatakan kebaikan seberat biji zarah tu? jawapannya ialah doa. Mendoakan kebaikan/kebahagiaan orang lain adalah merupakan satu kebaikan. Ianya tidak mengeluarkan sesen pun.....tidak memerlukan masa, dan tidak merugikan sesiapa. Lihat satu perkara ....iaitu hati. Jika hati kita ikhlas dan bersih maka dengan sendirinya hati itu akan berkata-kata dan mengeluarkan satu perasaan yang baik. Apa yg lahir dalam hati itu akan terkeluar oleh kata-kata dan diucapkan dengan lidah. Kata-kata itu adalah doa! doa yang baik akan termakbul oleh Allah.

              Mulakan dengan hijrah hati dan nurani. seterusnya langkah demi langkah. Aturlah dengan tersusun mohonlah petunjuk dan hidayah. Semoga kita beroleh keberkatan moga dengan penghijrahan diri kita meletakkan kita diantara mereka yang terpilih oleh-Nya yang Maha Mengetahui serta Maha Berkuasa......

Sekian Wassalam






HIJRAH DIRIMU MENUJU
ALLAH S.W.T














Kisah Hijrah Rasullullah





HIJRAH RASULULLAH SAW MELALUI NEGARA MADINAH
               Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT Yang telah memberikan banyak keni'matan kepada kita. Yang seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Dan, keni'matan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi keni'matan hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, keni'matan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita ialah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam itu sampai kepada kita.

               Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah SAW diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah rasulullah SAW. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama "Maal Hijrah". Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah SAW ini merupakan peristiwa yang sangat penting?

                Pertama, dakwah Rasulullah SAW apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit. Terutama setelah RAsulullah SAW diperintahkan Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah, dan menunjukkan bahawa baginda tidak bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surah al-Hijr:94:

"Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu."

                Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.

               Pernah baginda sedang shalat berhampiran Ka'bah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Mu'ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang shalat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu'ait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehinggalah Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.

               Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul da'wah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda SAW dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama lebih kurang 3 tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethiopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

                 Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.

                  Sedangkan baginda Rasulullah SAW dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Justeru menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda SAW. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Tsaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Haritsah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu.

                  Baginda, mencuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada disana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mut'im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda SAW dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut'im bin Adi.

                Sejak itu, baginda selalu mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ia dimenangkan Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya."

                Maka, baginda SAW, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah, meskipun pada masa itu tidak satu kabilah pun yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah Rasulullah SAW, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda: "Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepemimpinan) ini merupakan hak Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."

              Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sa'sa'ah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam. Setelah semuanya itu, Allah memberikan pertolongan dengan dipertemukannya baginda saw. dengan orang-orang Aus dan Hazraj yang datang untuk berhaji ke Makkah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan setelah itulah terjadi Bai'at Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yasrib,(nama Madinah sebelum dirubah oleh baginda saw).

              Setelah rombongan Aus dan Hazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda mengirim Mus'ab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Mus'ab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Qu'an kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.

               Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Mus'ab dan orang-orang Aus dan Hazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah public opinion penduduk Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.

                Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta Mus'ab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri daripada lelaki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Bai'at Aqabah II. Bai'at ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam. Yang juga merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.

               Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir. Tetapi untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33 /Al-Fath: 28 /As-Shaf: 9.

"Dialah Yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, keatas agama-agama yang lainnya."

                Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam masuk Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Ummayah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.

                  Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.

                 Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurga-Nya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga." (Q.s. At-Taubah: 111).

                Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah.

                Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak keni'matan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar keni'matan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk diantara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari ridha Allah dan syurga-Nya.





"Sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhan-ku." (Al-Ankabut 26).

"Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini". Prinsip dan cita-cita ini perlu menjadi pegangan semua umat Islam. Untuk tercapai cita-cita tersebut perlulah diusahakan bersungguh hingga menjadi kenyataan.

Rasulullah SAW diperintahkan oleh Allah SWT berhijrah dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan itu berlaku ketika ruang perjuangan Rasulullah SAW sudah terlalu sempit dan terhimpit. Beliau tidak memilih untuk berdoa meminta kelapangan yang sudah tentu Allah SWT kabulkan. Sebaliknya memilih menempuh laluan sukar, merbahaya dan berisiko tinggi kerana diburu oleh musuh. Melalui perintah hijrah tersebut Rasulullah SAW terpaksa berusaha merancang dan bertindak. 

Penghijrahan seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat itu tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas beliau. Namun konsep penghijrahan itu tetap berterusan di kalangan umat Islam. Ertinya tiada lagi hijrah kecuali dari kejahatan kepada kebaikan dan dari kebaikan kepada yang lebih baik. Dari kejahilan kepada ilmu dan dari kerendahan ilmu kepada ketinggian ilmu. Hijrah dari kemunduran kepada maju dan seterusnya.

Selain itu kita juga perlu melakukan hijrah dalam aspek sikap iaitu membuang yang negatif sebaliknya menyuburkan sikap positif. Mengikis sikap pesimis diganti dengan optimis.
Andainya kesukaran hidup menjadi gangguan untuk mentaati Allah SWT, maka perlu pula berusaha meningkatkan taraf hidup. Setiap yang melata di bumi Allah SWT telah sediakan rezeki baginya. Apatah lagi manusia yang Allah SWT kurniakan kelebihan akal yang dapat berusaha lebih sempurna dalam memburu rezeki tersebut.

"Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Az Dzariyat: 56) 

Kita perlu sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki keadaan dari masa ke semasa. Usaha membaiki keadaan kehidupan berterusan ertinya menghayati pengertian hijrah. Sebagai menepati konsep hijrah Rasulullah SAW, pastinya terpaksa dilakukan bersungguh-sungguh dan mesti sanggup menempuh jalan penuh risiko. Tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.