Hai anakku!
Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya
akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf
dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima
kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah
Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri
daripada maksiat.
Hai anakku!
Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Hai anakku!
Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak
mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu
mengharapkanmu.
Hai anakku! Engkau
sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan
lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau
mempunyai tetangga yang jahat.
Hai anakku!
Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya,
seperti enaknya memakan daging burung; walau sedikit sahaja berdusta, akibatnya
tetap akan memberi bahaya.
Hai anakku!
Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis
perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri
pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan
diri kepada kesenangan duniawi sahaja.
Hai anakku!
Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan
yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing
adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
Hai anakku!
Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula
lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan
penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)
Hai anakku!
Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah,
rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat
kepadanya)
Hai anakku!
Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang
belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau
amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari
kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat
membawanya, namun dia terus menambah lagi.
Allahu A'lam.
Moga
penghayatannya memberi manfaat lahiriah dan batiniah buat kita semua.
InsyaAllah.
TERUTAMA KITA SEBAGAI MAHASISWA....AMINNN


No comments :
Post a Comment