27 December 2012

‘Living at the present’


‘Living at the present’

          Semalam saya didatangi oleh beberapa orang pelajar dari kelas lain. Mereka ingin
belajar teknik belajar di musim peperiksaan yang seringkali saya jelaskan teknik ini di
awal semester pada pelajar kelas saya. Teknik yang ringkas tetapi inshaAllah mampu
memberikan fokus kepada pelajar ketika belajar. Tidak kira samada belajar atau
membuat penyelidikan juga ketika membuat kerja harian termasuk suri rumah juga
boleh menggunakannya.

          Masalah utama ketika menerima beban kerja adalah fikiran yang bercelaru dengan
tugasan yang agak banyak. Ketika kita melakukan satu kerja, kita akan terfikir juga
kerja yang lain. Ketika sedang belajar, teringat ada kerja lain yang belum selesai. Ketika
sedang belajar satu subjek tertentu, fikiran masih membimbangkan diri dengan subjek
lain yang belum dibuat ulangkaji. Ketika seseorang pelajar PhD membuat penyelidikan,
fikiran memikirkan hal lain yang belum selesai.

         Kecelaruan ini membuat kita tidak dapat fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan.
Akhirnya ia boleh menyebabkan tekanan pada diri kita.

***

         Tiada rahsia untuk menyelesaikan masalah ini. Setiap hari seharusnya kita perlu
merancang apa yang kita akan lakukan pada hari itu. Tidak perlu terperinci tetapi
sekurang-kurangnya ada perancangan. Perancangan yang dimaksudkan adalah
dengan memberikan waktu pada setiap kerja yang kita lakukan dan yang terpenting
adalah mesti berada di dalam keadaan ”living at the present’‘ ketika melakukan kerja.
Sebagai seorang suri rumah, perancangan seperti untuk mengemas bahagian rumah
yang mana dulu juga perlu dirancang. Apa yang perlu dibuat dahulu dan perlu ada
target masa yang diperlukan. Dengan adanya ‘allocation’ masa untuk setiap apa yang
kita lakukan, maka amat mudah untuk kita berada di dalam keadaan ‘living at the
present’.

          Sebagai seorang pelajar, apabila terdapat ‘allocation’ masa untuk belajar topik-topik
tertentu akan membuatkan mereka mudah mencapai tahap ‘living at the present’.
Begitu juga sebagai seorang pekerja.

***

          Apakah yang dimaksudkan ‘allocation’ masa dan manafaatnya?
‘Allocation’ atau bahasa mudahnya bilakah kerja itu perlu dilakukan dan berapakan
tempoh masa yang diberikan untuk sesuatu tugas itu mengikut keupayaan diri sendiri.
Kita tidak perlu memberikan ‘allocation’ masa yang membebankan kita.

          Kita sendiri tahu keupayaan diri masing-masing lalu peruntukan masa untuk ‘allocation’
itu. ‘Allocation’ masa juga dipengaruhi oleh perkara-perkara lain seperti contoh bagi
mereka yang bekerja, tarikh akhir laporan perlu disiapkan dan sebagainya merupakan perkara yang mempengaruhi ‘allocation’ masa. Bagi pelajar, tarikh peperiksaan akan
mempengaruhi ‘allocation’ masa ini.

          Caranya adalah dengan menyenaraikan semua kerja yang perlu dilakukan dan lakukan
check list dengan memberikan berapa peratus kerja itu telah diselesaikan. Proses ini
saya namakan indentifikasi.

          Seorang pelajar perlu melakukan identifikisi untuk setiap topik bagi setiap subjek dan
melakukan sejauh mana mereka tahu dan benar-benar faham topik tersebut. Benarbenar
faham bermaksud mempunyai kebolehan menerangkan dengan baik topik
tersebut dan mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan topik tersebut
termasuk pengiraan dan sebagainya.

          Ia juga perlu dilihat dari segi keutamaan subjek tersebut. Ia perlu disusun mengikut
tarikh peperiksaan di mana tarikh awal diletakkan sebagai subjek yang mempunyai
keutamaan yang tinggi (highest priority). Ini untuk memastikan kita tahu masa yang
sesuai untuk diperuntukan bagi membuat ulangkaji topik tersebut.

          Manafaatnya adalah kita tidak perlu memikirkan kerja kita yang lain ketika kita
melakukan sesuatu kerja kerana setiap kerja kita telah diberikan ‘allocation’ masa.
Ketika sedang belajar topik A untuk subjek A, kita tidak perlu memikirkan topik B subjek
A atau subjek yang lain kerana kita tahu setiap topik untuk semua subjek yang kita
perlu belajar TELAH mempunyai ‘allocation’ masa sendiri yang kita rancangkan. Tidak
perlu risau belum belajar atau tidak faham. Tidak faham adalah kerana belum sampai
ke ‘allocation’ masa yang ditetapkan. Apabila masanya sampai, kita akan belajar topik
berkenaan sehingga faham. Jadi kenapa perlu risau?

           Begitu juga ketika suri rumah membuat kerja di rumah. Tidak perlu risau bahagian
mana belum dikemas kerana setiap kerja kita telah diberi ‘allocation’ masa. Sampai
sahaja masanya pasti kita akan mengemas bahagian yang telah kita tetapkan.

           Begitu juga mereka yang bekerja. Tidak perlu memikirkan kerja yang lain ketika
melakukan sesuatu kerja kerana kita telah memberikan ‘allocation’ masa untuk setiap
kerja kita. Dengan cara ini kita bukan sahaja dapat menyiapkan kerja pada tempoh
masa yang diberikan, kita juga dapat menumpukan sepenuhnya pada kerja yang kita
lakukan. Hasilnya pasti lebih berkualiti.

***

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘living at the present’?

Saya telah jelaskan sedikit di sini.

           Ia bermakna kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Kita juga sedar dengan apa yang
kita lakukan. Segala fikiran dan jiwa kita hadir sama ketika melakukan kerja tersebut. Ketika melakukan sesuatu kerja, kita hanya fikirkan kerja kita sahaja. Ketika kita sedang
memasak di rumah sebagai contoh, kita tumpukan sahaja kepada memasak.

           Ketika kita menyiapkan laporan di pejabat, kita fikirkan apa yang kita lakukan sahaja.
Begitu juga dengan pelajar yang sedang belajar.

          BEGITU JUGA DENGAN SOLAT. MELAKUKAN SOLAT DALAM KEADAAN ‘LIVING AT THE PRESENT’ MENJADIKAN KITA KHUSYUK DI DALAM SOLAT.
 Masalah tidak khusyuk adalah satu sahaja iaitu seringkali kita lupa diri kita ini bahawa kita sedang
bersolat. Sedang solat, fikiran terbang entah ke mana. Kita tidak berada di dalam
keadaan ‘Living at the present’.

           Saudara akan dapat menikmati solat dengan penuh rasa tenang dan seolah-olah
segala masalah yang terbeban dihumban jauh entah ke mana. Solat yang mampu
membuatkan diri kita lebih merendah diri yang merasakan benar-benar kehambaan.
Solat yang mampu membuat kita menitiskan air mata tanpa disedari ke atas segala
kesalahan yang kita lakukan. Akhirnya solat yang benar-benar memberikan kesan
kepada diri kita.

             Berada di dalam keadaan ‘living at the present’ membuatkan kita tidak akan mengingati
kerja yang lain. Kita tidak bimbang dengan kerja lain. Lagi pun tidak perlu bimbang
kerana BUKANKAH SETIAP KERJA SUDAH ADA ‘ALLOCATION’ MASA YANG
TELAH DITETAPKAN?

***

Bagaimana mampu berada di ‘living at the present’?

Cara yang termudah adalah setiap apa yang kita lakukan kita berkomunikasi dengan Allah.

Sebagai contoh ketika sedang mengemas rumah:

“Ya Allah kotor nya rumah aku ni ya Allah. Aku nak sapu kemudian nak mop lah ya
Allah. Boleh guna pencuci lantai yang aku beli semalam ni ya Allah.”


Ketika bekerja:



“Ya Allah, laporan ni kena data dari Ahmad ni. Aku nak jumpa Ahmad kejaplah ya Allah.

Mana Ahmad ni ya Allah. Tadi ada sini. Takpelah ya Allah. Nanti dia balik aku jumpa
dia. Kau ingatkan aku nak jumpa dia ye ya Allah. Aku ni kuat lupa. Nanti tak siap kerja
aku ya Allah. Tolong ye ya Allah”.

Ketika belajar:

“Ya Allah, macam ni cara untuk selesaikan soalan ni ye ya Allah. Terima kasih ya Allah
sebab kasi aku faham macam mana nak selesaikan. Seronoknya ya Allah sebab aku
dah tahu nak selesaikan kalau ada soalan macam ni. Yang ni macam mana pula ya
Allah. Aku nak baca dulu lah ya Allah. Nanti Kau kasi aku faham ye ya Allah”.

              MUNGKIN SAUDARA KATA SAYA GILA DAN SAUDARA AKAN MENJADI GILA
MELAKUKAN SEDEMIKIAN BUKAN? Bercakap sorang-sorang. Saudara tidak perlu
bercakap. Cukup sekadar di dalam hati.

              Saya ingin bertanya, BUKANKAH SAUDARA AKAN MELAKUKAN ‘MIND CHAT’ JUGA KALAU TIDAK MELAKUKAN KOMUNIKASI DENGAN ALLAH?

             Tidak perlu kita menipu diri kita dengan mengatakan tidak melakukan mind chat ketika
kerja. Kita sentiasa berfikir ketika sedar. Dibuat kajian kita akan berfikir dengan cara
mind chat lebih 80% daripada jumlah komunikasi setiap hari. ‘Mind Chat’ adakah
komunikasi dengan diri sendiri. 20% adalah komunikasi dengan manusia lain samada
kawan-kawan, keluarga dan lain-lain.

              Daripada melakukan mind chat bukankah lebih baik berkomunikasi dengan Allah?
Disamping kita fokus kita juga ingat Allah. Kita sedar dan sentiasa meminta bantuan
Allah di dalam setiap hal kerja yang sedang kita lakukan. Kita minta izin dan redha Allah
sepanjang kerja dan secara tak langsung kita sentiasa ingat Allah sepanjang kehidupan
kita.

              Perancangan dengan meletakkan ‘allocation’ masa pada setiap kerja kita dan juga
sentiasa komunikasi dengan Allah mampu membuatkan kita fokus dengan apa yang
kita lakukan. Ia akan memberikan hasil yang benar-benar kualiti disamping kita
mendidik jiwa menjadi jiwa yang positif di dalam hidup berTuhan sebenar.

Apakah hidup berTuhan sebenar? Adalah kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah yang Maha Esa.




Menyedari dan Merasai dengan sebenarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan

Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan [http://www.fuadlatip.com]


No comments :

Post a Comment