2 October 2012

PROGRAM UKHUWAH SILATURRAHIM (18 MAC 2012)

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Program Ukhuwah Silaturrahim ini adalah sebagai salah satu program ukhwah di antara  pelajar universiti khususnya pelajar program Dakwah dan Pengurusan Islam tahun 1 dalam menjalankan aktiviti dakwah mereka serta membentuk kepimpinan dan semangat juang yang tinggi terhadap diri sendiri dan dikalangan pelajar yang lain. Penglibatan mahasiswa IPTA adalah sebagai satu alternatif untuk menjalinkan hubungan dan menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat khususnya melatih pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa,berdedikasi,dihormati dan disegani.


Sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu serta berdakwah kepada masyarakat sekeliling, kami merancang dan bercadang untuk mengadakan Program Ukhwah Silaturrahim sebagai langkah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar universiti diantara kami sendiri. Program ini juga sebagai satu sumbangan di dalam membantu diri sendiri dan pelajar yang lain dalam proses pembangunan dan pembentukan jati diri untuk menempuh era globalisasi yang mencabar ini.
Antara objektif program ialah:



a.    Memupuk semangat setia kawan antara satu sama lain dalam kalangan pelajar-pelajar tahun satu.

b.   Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain bagi mengekalkan ukhuwah di antara pelajar-pelajar tahun satu.

c.       Mencungkil bakat yang terpendam di kalangan pelajar-pelajar tahun satu.

d.      Membina sahsiah jati diri yang unggul.


#Ukhuwah Menjalinkan Kasih Sayang
Kerjasama Mengukuhkan Sillah#


ACARA SUKANEKA
potret-potret ukhuwwah silaturrahim.. 


warming up

para daie muda di gelanggang

bulatan ukhuwwah menuju mardhatiLLAH ..


satu tamparan yang penuh bertenaga dari akhowat..MUSLIMAT POWER!!


bola jaring..masing-masing sedaya upaya merebut bola yang satu...

menunggu untuk aktiviti seterusnya..

masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam

barisan akhwat ketika program berjalan

khusyuk mendengar taklimat dari ajk program (Pengisian dan Perkongsian Ilmu)

team futsal daei muda..SYABAB PENCETUS REVOLUSI UMMAH!!!


MALAM PENYUCIAN JIWA

Setelah selesai acara sukaneka pada siang hari,program UKHUWAH SILATURRAHIM diteruskan pada malamnya dengan majlis "Malam Penyucian jiwa dan Qiamullail". Majlis ini dirasmikan oleh ketua program da'wah dan pengurusan islam iaitu Dr Kamaluddin Nurdin B. Marjuni sekali gus menyampaikan amanat dan taujihat kepada para da'wah tahun 1. Majlis ini diteruskan dengan persembahan para pelajar.

Menunggu ketibaan Ketua Program Da'wah dan Pengurusan Islam iaitu Dr Kamaluddin Nurdin
bagi merasmikan majlis ini.


Ketibaan Dr Kamaluddin Nurdin diringi oleh Exco Da'wah tahun1
  (kanan: Muhammad Ali B. Omar .kiri: Safwan  B. Salim)

khusyuk mendengar taujihat yang disampaikan oleh Dr Kamaluddin Nurdin.

Perasmian majlis oleh Dr Kamaluddin Nurdin.




Program "Ukhuwah Silaturrahim" diteruskan dengan qiammulail pada pukul 4.30pg yang diadakan di surau Kolej Kediaman 1(KK1). Program ini di akhiri dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh
Amir Hamzah B. Jamal.

No comments :

Post a Comment